Posts

BIODATA RASULULLAH S.A.W: 1. Nama: Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim 2. Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yangmenyerang kota Mekah) 3. Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah 4. Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim 5. Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf 6. Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) 7. Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab) 8. Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa’diah (lebih dikenali Halimah As-Sa’diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah) SEJARAH RINGKAS RASULULLAH S.A.W: USIA 5 TAHUN * Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalamnya. USIA 6 TAHUN * Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa’ (sebuah kampung yang...